Monday, August 30, 2010

GAMBAR GURU DAN KAKITANGAN SEMASA MENYAMBUT MAAL HIJRAH

BARISAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN SK.SUNGAI BATU 2010

LAGU SEKOLAH

Sekolah Tempat Menimba Ilmu
Ilmu Penyuluh Hidup
Menulis Mengira Hormat Pada Guru
Itu Amalan Kita
Rajin Belajar Teruskan Usaha
Sehingga Capai Cita
Kami Berjanji Sepenuh Jiwa
Mendukung Cita Bangsa
SKSB Kebanggaan Kita
Berbakti Tiap Masa
Marilah.......Bersama
Majukan Sekolah Kita
Sekolah Tempat Menimba Ilmu
Ilmu Penyuluh Hidup
Menulis Mengira Hormat Pada Guru
Itu Amalan Kita 

LENCANA SEKOLAH WARNA DAN LAMBANG SERTA MAKSUDNYA

 WARNA DAN MAKSUDNYA
 Putih    :    Menuntut ilmu dengan niat yang suci ,bersih untuk berbakti 
                   kepada agama, bangsa dan  negara.
 Kuning :    Menjunjung kesetiaaan Ke Bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak
 Hitam   :    Belajar dengan hati yang cekal dan tekun.
 Hijau    :    Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara Malaysia.
 Merah  :    Bercita-cita tinggi dan berani menghadapi cabaran

LAMBANG DAN MAKSUDNYA
Perisai           :   Ilmu sebagai pelindung daripada segala
                           kejahatan dan kemungkaran.
Obor              :   Ilmu sebagai penyuluh kejayaan kehidupan dan kesejahteraan
                           di dunia dan  akhirat.
Buku              :   Membaca adalah punca dan gedung ilmu pengetahuan.
Tangkal Padi :  Rangkaian perpaduan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa
                           yang mempunyai  tanggungjawab berusaha menentukan         
                           kejayaan murid-murid kita.





SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAIBATU, PANTAI REMIS, PERAK DARUL RIDZUAN

     Sekolah Kebangsaan Sungai Batu telah dibuka pada 1hb Januari 1911 ketika negara ini di dalam penjajahan Inggeris dan di bawah kelolaan "company" yang berpusat di Pulau Pinang.
      Pada peringkat awal sekolah ini telah didirikan di atas satu kawasan yang berhadapan dengan bangunan sekolah sekarang yang merupakan bangsal yang sederhana besarnya dengan berbumbung tanpa dinding.Murid-murid belajar dengan bersila di atas tikar.
         Mengikut ceritanya,sekolah ini didirikan di atas daya usaha beberapa orang yang di segani di kampung ini.Salah seorang daripada mereka ialah Allayarham Encik Hamid bin Hj.Tahir atau di kenali sebagai Pak Tam Mid.
       Dengan persetujuan daripada pihak "company" sekolah ini telah didirikan dan memulakan sesi pengajiannya dengan bilangan cuma 15 orang murid.
Guru yang mula-mula bertugas disekolah ini ialah Allahyarham Md.Sidek bin Hitam dengan gajinya hanya RM11.00 sebulan.
Nama sekolah ini diberikan sempena nama tempat sekolah ini didirikan iaitu Kampung Sungai Batu lalu menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.
Pada tahun 1914,bilangan murid bertambah menjadi seramai 30 orang.Bangunan sekolah ini telah dilengkapi dengan dinding pada tahun 1917 dan pada tahun 1920 bangunannya telah dibesarkan sedikit.Kemudahan buku bacaan serta kerusi dan meja telah diberikan oleh pihak company.
Dengan bertambah bilangan murid,maka pada tahun 1927 sebuah bangunan baru setinggi dua tingkat telah dibina di atas tapak sekarang dan ianya telah digunakan pada tahun 1928.
Dari setahun ke setahun,bilangan murid sekolah ini telah bertambah dan pada 1981 kerajaan telah membina sebuah bangunan baru setinggi tiga tingkat dengan kosnya dianggarkan sebanyak RM300,000.00
Kini,Sekolah Kebangsaan Sungai Batu telah menjadi satu institusi yang menjadi kemegahan murid-murid dan guru-guru serta ibubapa dari Kampung Sg.Batu ,Kampung Parit Amerikan,Kampung Nelayan,Kampung Tebok Yan dan sekitarnya.



PENGASAS SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU
Pengasas sekolah Kebangsaan Sungai Batu ialah Allahyarham En.Hamid bin Hj.Tahir yang lebih dikenali sebagai Pak Tam Mid.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1865.Beliau merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik beradik.Beliau berasal dari negeri Kedah Darul Aman dan beliau telah berpindah mengikut keluarganya ke negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 1900.
Bapa belau ialah Hj.Tahir bin Hj.Mohd Amin adalah pengasas bagi pengajian pondok di kawasan ini.Abang beliau ialah Allahyarham Hj.Nawawi yang merupakan salah seorang ulamak feqah yang terkenal di negeri Perak.Allayarham lebih dikenali dengan panggilan "Janggut Merah"
Hasil perkongsian hidupdengan Aminah binti Mat Saman,Pak Tam Mid telah memperolehi enam orang anak: dua orang lelaki dan empat orang perempuan.pak Tam pernah berkhidmat sebagai guru agama di Kuala Kangsar,Perak.
Semasa hayatnya,beliau merupakan tokoh masyarakat setempat yang di segani oleh orang ramai.Atas daya usaha beliau bersama dengan rakan-rakanya,sebuah pondok pengajian telah didirikan atas tanah beliau sendiri untuk dijadikan sekolah ketika itu.
Institusi pendidikan ini telah berjaya melahirkan ramai cendiakawan dan tokoh yang cemerlang dalam bidang kerjaya masing-masing yang menjadi kebanggaan masyarakat di sini.



GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU YANG TELAH BERKHIDMAT
DARI TAHUN 1911-2010

        NAMA GURU BESAR                                     TAHUN PERKHIDMATAN

01:EN.MD SIDEK BIN HITAM    (  02 JANUARI 1911  -   31 OKTOBER 1912   )
02:EN.AHMAD BIN HJ.MD SALLEH  (  01 NOVEMBER 1912   -  05 NOVEMBER 1912 )
03:EN.MD SHAH BIN LAHID   (  06 NOVEMBER 1912   -   07 DISEMBER 1912 )
04:EN.PUTEH BIN MUHAMAD   (  08 DISEMBER 1912  -  12 NOVEMBER 1923 )
05:EN.MD.HASHIM BIN MD KAFI  (  11 MEI 1926  - 17 FEBRUARI 1932 )
06:EN.HUSAIN BIN HJ.TAIB   (  18 FEBRUARI 1932 -25 NOVEMBER 1934 )
07:EN.PILUS BIN HAMZAH ( 04 NOVEMBER 1935 - 30 OKTOBER 1938 )
08.EN.ABD.GHANI BIN SHAMSUDIN ( 01 NOVEMBER 1938  - 03 NOVEMBER 1940 )
09:EN.MD.NOR BIN MD.ISA  (07 NOVEMBER 1940 - 07 FEBRUARI 1945 )
10:EN.JOHARI BIN MD.SAMAN  ( 08 FEBRUARI 1945  -  30 N0VEMBER 1946 )
11:EN.ENON JABADIN BIN SULAIMAN  (01 DISEMBER 1946  - 04 FEBRUARI 1952 )
12:EN.JOHARI BIN MD.SAMAN ( 05 FEBRUARI 1952  - 06 JANUARI 1953 )
13:EN.ABDUL HAMID BIN AHMAD ( 11 JANUARI 1953   - 08  MAC  1960 )
14:EN.MD HUSAIN BIN IBRAHIM ( 09 MAC 1960  - 08 FEBRUARI 1977 )
15:EN NURUDDIN BIN HASHIM PJK   ( 01 MAC 1977 -  01 MAC 1981)
16:EN.BUKHARI BIN DAWI (02 MAC 1981 -  15 JANUARI 1988 )
17:EN.DAHARI BIN ALANG ADIL AMN AMP PJK ( 16 JANUARI 1983- 05 SEPETEMBER 1988 )
18:EN.MAHIR AFANDI BIN HARUN PPN PJK  ( 16 MEI 1989 - 30  JUN 1993 )
19.EN.AHMAD ZAMBRI BIN SHAMSUDIN  (  01 JULAI 1993 -15 OKTOBER 1996 )
20:EN.YM RAJA AHMAD SHAH BIN RAJA SHAHRUZZAMAN (16 OKTOBER 1996 -31 MAC 2001 )
21:ZULKIFLY BIN MEOR LOP  ( 01 APRIL 2001 - 01 MAC 2003 )
22.TN HJ.KHUSAIRI BIN ALI HASSAN( 16 MEI  2003  - 24 JANUARI 2009 )
23:PN.HAMIDAH BINTI HJ.MAHMUD  ( 16 MAC 2009  HINGGA SEKARANG )



Lencana Sekolah


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Putih